Followers

Saturday 20 April 2013

Hostel Life. Eh? (2)

Tuala mengelap muka dan rambut yang basah. Deodorant berjenama Uber-Men diambil dari dalam locker dan di'spray' ke ketiak. Gel diambil sedikit sambil jari jemari mengemaskan rambut yang agak berserabut. Baju prep yang disangkut di hujung locker diambil dan disarungkan ke badan. Coklat kitkat yang dibeli masa outing minggu lepas diambil di dalam loker buat bekalan masa lapar nanti.  Pintu loker ditutup dan dah pun siap. Suis kipas dimatikan serta pintu bilik ditutup. Selipar disarungkan ke kaki. Aidil berjalan laju kerana dia sudah terlambat ke kelas kerana jam di tangan kanannya telah menunjukkan pukul 3.13 petang. Karang kena tangkap dengan Ustaz Hamzah, mampus aku kena libas dengan rotan dia yang tebal batang kayu snooker.

    Buk!

    Tangan disilangkan ke dada. Sakit. Dan ada sebuah buku turut terjatuh depan mata.

    ''Maafkan saya.'' Kedengaran suara perempuan meminta maaf.

    Aidil mendongak ke atas. Bibir bawah digigit. Kenapa macam kenal. Nametag perempuan itu dilihat.

    ''Athirah?''

    Athirah terkejut. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Dia menundukkan badan untuk mengambil diarinya yang terjatuh tetapi Aidil tiba-tiba mengambilnya.

    ''Maaf, diari saya. Boleh bagi balik.'' Dia geram. Cuba mengawal suaranya yang menaik.

    ''Athirah.'' Aidil memanggil.

    ''Awak ni nak apa sebenarnya?'' Dia dah tak boleh menahan sabar. Cuba merampas kembali diari yang dipegang oleh Aidil tapi malangnya tak sampai kerana Aidil mengangkat diari itu setinggi-tinggi tangannya. Okay dia tahu dia pendek sedikit daripada lelaki itu. Bukan sikit, banyaklah juga.

    ''Boleh kita cakap sikit tak?'' Aidil memulakan perbualan.

    ''We do not need to talk. Tak ada apa yang kita perlu bincang dan tak ada perkara yang kita nak bincang. Bagi la balik buku tu.'' Athirah cuba untuk mengambil diarinya sekali lagi tetapi gagal.

    ''Sebenarnya aku nak minta maaf fasal dulu. Boleh maafkan tak?''

     Air liur yang pahit ditelan.

    ''Dah lama saya maafkan. Dan sekarang awak boleh bagi diari tu dan jangan kacau saya lagi.''

    ''Tak nak.'' Aidil menggeleng. ''Kenapa awak jadi macam ni?''

    ''Awak tanya kenapa saya jadi macam ni? Soalan paling bodoh pernah saya dengar. Orang yang buat saya macam ni lepas tu tanya lagi 'Kenapa awak macam ni'. How dare you? Tak cukup awak buat saya menangis setiap malam sebab awak dulu. Tak cukup awak bagi saya pening kepala sampai rasa nak demam. Air mata ni dah kering dah wak.. dan sekarang ni awak nak buat apa lagi dekat saya. Nak bagi saya pengsan sampai tak bangun-bangun?'' Damn. Dia tak tahu kenapa dia luahkan semuanya walaupun hakikatnya dia tak nak bagitahu pun pasal benda lama tu.

    ''I am sorry.'' Aidil mengeluh. Dah tak tahu nak cakap apa.

    ''Jadi awak fikir setakat cakap I am sorry tu saya boleh buat saya gembira? Bak balik diari saya sekarang!'' Kali ini dia membentak. Dia dah tak tahan. Matanya terasa panas. Air mata jernih mula turun daripada kelopak mata.

     Aidil terkedu. Dia terus menghulurkan buku itu. Athirah terus mengambil diari itu cepat-cepat.

    ''Terima kasih. Dan lepas ni jangan ganggu saya lagi. Saya dah tak larat nak menangis semata-mata untuk lelaki yang memang tak akan sayangkan saya.'' Dia menarik nafas panjang.

    Aidil terus mendiamkan diri.

    ''Thanks for the memories. Yang membuatkan saya lebih tabah sekarang.

    Athirah terus berlalu pergi. Aidil hanya memandang. Terkedu dengan apa yang dikatakan Athirah tadi.

    Awak masih sayangkan saya kan Athirah. Don't you? Saya dah cuba berubah untuk awak dan saya nak awak tahu. Boleh awak tunggu saya. Dia bercakap dalam hati.

                                                                  ************
                                                                   
''Aidil.'' Athirah memanggil.

      ''Kau nak apa lagi hah jumpa aku?'' Aidil menjawab kasar.

      ''Awak tau tak berdosa buat macam tu.''

      ''Aku tak faham la apa kau cakap ni doh.''

      Athirah menyilangkan dadanya. Sakit hati bila lelaki tu jawab macam tu. Tak boleh ke jawab elok-elok. Aku tak tahu macam mana aku boleh suka kau. Sebab tu aku nak kau berubah. Aku nak kau jadi baik.

      ''Awak tau tak benda tu berdosa. Tiap-tiap minggu tukar awek. Awak ingat perempuan ni apa? Baju yang nak tukar bila-bila masa. Nope, dia orang ada maruah juga. Awak tak kesian ke kat dia orang?''

      ''Tak tahu pulak berdosa.'' Aidil buat muka tak bersalah.

       Athirah menarik nafas panjang dan menghembuskannya. Cuba menenangkan diri. Aidil, jangan buat perasaan aku macam ni Aidil. Please.

      ''Sebab tu lah saya nak bagi tahu awak. Benda tu berdosa dan tak baik.''

      Aidil ketawa.

      ''Agaknya kan kenapa kau cakap macamtu ye. Kau nak jadi awek aku kan? Cakap jelah dari tadi. Kan senang.

      Athirah geram. Matanya jadi panas. Perlahan-lahan cecair jernih jatuh ke pipi. Dia menggigit bawah bibir sekuat hati. Rasa sakit sangat tetapi hatinya lagi sakit. Bodoh kan aku. Mengharap kan benda yang memang takkan dapat.

      ''Tak. Saya nasihat awak ni sebab dua perkara.'' Dia bercakap dalam keadaan tersendu-sendu. ''Yang pertama sebab saya nak awak berubah. Jadi yang lebih baik.''

      ''Heh, yang kedua?'' Aidil menarik senyum sinis.

      ''Yang kedua... sebab saya sayangkan awak.'' Dia menangis semahunya selepas melepaskan ayat itu. Dia berdiri dan langkah diatur perlahan untuk pulang ke rumah.

       Aidil kaku berdiri di tempat mereka berjumpa tadi. Di tempat duduk berhadapan dengan 7-Eleven. Dia bukan tidak mempunyai rasa simpati. Dia bukannya berfikiran jahat sangat pun. Tapi sebab ego. Ya, sebab egolah dia jadi macam tu. Aduh, sekarang macam mana ni?''                  

                                                                  ************

''Bro, apahal termenung malam-malam ni.'' Zaki menegur. Terus duduk di sebelah Aidil. Badan disandarkan tiang katil dan kaki dilunjurkan.

     ''Tak ada apa-apa.'' Aidil menafikan. Tapi hakikatnya memang dia tengah fikir fasal petang tadi tu. Tapi abang budak perempuan tu dah ada kat sebelah. Nak cerita ke tak nak? Dan tiba-tiba dia dengar Rifhan menyanyi. Rutin tiap-tiap malam. Spoil mood la.

      Tersudut termenung jauh.
      Mengenangkan Nasib kita.
      Kita milik Separuh.
      Berbentuk hati cinta namanya.

      Tapi lagu ni sedap. Dan suara Rifhan tu memang sedap pun.

       Walau kau jauh. 
       Ku sentiasa menunggumu.
       Pedih ku imbas kembali memori.
       
       Walau kau jauh.
       Ku berjanji kan terus tunggu
       Dipisah lautan biru.
       
       Ku mahu kau tahu
       Aku kan terus menunggu.

        ''Kejap, ni lagu apa?'' Aidil bertanya tiba-tiba.

        Bilik itu sunyi sesaat.

        ''Aduh, spoil la kau.'' Rifhan tergelak. ''Ku mahu kau tahu by Hujan.''

        ''Okeh, sambung.''

        Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu.
        Jangan pernah sekali kau buang.
        Seperti cinta ini yang terutuh.
        Akan bersemi jua.

        Walau kau jauh.
        Ku sentiasa menunggumu.

        ''Stop!!'' Aidil menjerit.

        ''Apasal?'' Rifhan bertanya. Pelik. Dia ni kenapa? Kena sampuk ke apa.

        ''Sengau doh. Aku takut hujan lebat je nanti sebab kau punca.'' Aidil tersengih.

         Rifhan ketawa

        ''Memang siot nak mampus la aku kata. Tadi kau yang suruh aku sambung. Ni dengki ke apa ni?'' Rifhan mengangkat kening.

        ''Joke la. Karang tak pasal-pasal kau tumbuk aku karang naya aku. Aku nak rehat jap.'' Aidil mengambil bantal lalu diletakkan ke kepala. ''Azad, sini jap.''

        Zaki yang dari tadi tersengih memandang ke arah Aidil.

        ''Kenapa?''

        ''Aku jumpa adik kau tadi.''

        ''Iye? Lepastu?''

        ''Dia nak blah dah tapi aku amik diari dia. Dia marah aku. Aku tak peduli lepastu aku tanya dia 'Kenapa awak jadi macam ni'. Dia kata sebab aku.'' Aidil meluahkan.

        ''Mungkin dia tak boleh ingat lagi pasal dulu kut. Aku tau kau dah berubah. Kau tau tak dia nak kau berubah sebab dia sayangkan kau.''

        Aidil mengangguk.

        ''Aku tahu. Tapi aku ego masa tu. Betul ke dia menangis tiap-tiap malam sebab aku?''

        ''Betullah tu. Sampai ada suatu hari tu dia sampai nak demam. Masa tu aku fikir kau kawan aku je. Kalau tak aku amik pisau cari kau lepas tu terus tikam.'' Zaki ketawa. ''Mana kau tahu fasal dia nangis tu? Aku mana bagitahu kau pun kan.'' Dia mengangkat kening.

        ''Dia bagitahu aku tadi. 'Ter' la kut sebab tadi dia tengah emosi sangat. Aku rasa menyesal gila doh.''

        Zaki memegang bahu Aidil. Menenangkannya. Tak sangka kawan dia ni jiwang.

        ''Tak apa. Kau dah berubah kan sekarang. Dah baik. Dah hensem. Eh, silap. Hensem tu tak ada.'' Zaki ketawa lagi.

        Aidil turut ketawa. Kawan dia tu kuat bergurau. Untunglah aku ada kawan macam ni.

        ''Weh, tutup lampu.'' Ipan jerit.

        ''Hangpa sambung sembang besok lah. Tahu lah Zaki tu nak lepaskan rindu dengan kawan lama. Sembang khusyuk nak mampuih.'' Zhahiruddin membebel.

         Satu bilik ketawa.


P/S : Athirah, ni cerita yang kau nak sangat tahu. aku dah ubah sikit sebab yang kau kata kau gelak tu aku tengok dah macam apa. haha. enjou this. aku tak buat panjang-panjang sebab aku tak mampu. ni jelah yang aku boleh kot. btw sori kalau ada buat kau rimas atau menyampah. itu hanya gurauan. sori jugak kalau aku ada stalk kau. tapi sikit je. kalau aku bosan. aku stalk ramai orang. dan bukan kau sorang je. haha. aku nak gi siapkan kerja sekolah. tapi sirah aku tak siap so aku akan dimarahi oleh ustaz yang garang. wish me luck. kbai.


Friday 19 April 2013

Review - Contengan Jalanan



Contengan Jalanan by Hlovate.

Sinopsis-


I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.
Komen saya -
Mula2 bila tengok buku ni. Cover gempak. Title menusuk kalbu. Dengan suasana sekeliling yang segar. Mula nak start baca. Satu-satu muka surat selak. And at last. Banyak info dapat. Dapat satu jiwa baru. Tertarik dengan cara penyampaian. Hlovate tak pernah kecewakan saya. *kesat air mata* haha. Pasal 11th hour tu. Good. 
Btw. Petikan kata-kata menarik dalam Contengan Jalanan
I-FEND 
  1. Muzik itu adalah bahasa yang ungkapan tak perlukan kata-kata. 
  2. Seni itu tiada sempadan, skema atau garisan 
  3. Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman. 
  4. Kalau sekali itu dikatakan kebetulan, kali kedua itu namanya… suratan? 
  5. Cinta pada seni memang mudah; cinta yang tak perlu bersambut dan rasanya tetap juga indah. 
  6. Kadang-kadang rasa tu tak mampu nak ditulis oleh huruf dan titik, tapi boleh diterjemahkan oleh not-not muzik. 
  7. Sedangkan bangau merantau pun pulang mencari kerbau, inikan pula anak dagang yang tinggalkan kampung halaman di tanah seberang. 
  8. Yang nyata kasih sayang memang melengkapkan bahagia tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa. 
  9. Cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum meninggalkan dunia? 
  10. Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana. 
  11. Peluang yang dalam hidup ini sama juga macam kereta api, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap. 
  12. Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat. 
  13. Kalau ada kemahuan dan usaha, ‘halangan’ tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa. 
  14. Masalah takkan selesai dengan hanya bermain falsafah. 
  15. Semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza. Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa. 
  16. Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata. 
  17. Sungguhlah orang kata, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata. 
  18. Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan. 
  19. Perasaan apabila terjaga daripada mimpi, tu namanya realiti. 
  20. Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah. 
  21. Kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit. 
  22. Masa 24 jam sehari tu cukup untuk buat segala macam urusan sebenarnya kalau diuruskan dengan betul. 

II-K2 

  1. Live is short. Laugh. Live. 
  2. Lead. Don’t be led. 
  3. One can become a million, and a million can be one. 
  4. Being different brings oddballs together. Normal is overrated anyway. 
  5. Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear. 
  6. Question: What if you stop playing ‘What ifs?’; Answer: You’ll get some work done. 
  7. Finding gratification is not hard. Simplicity does it easy. 
  8. Never assume. Ask. 
  9. Respecting requests, rules and privacy is a universal law. You break that basic. Etiquette 101, you’re seriously flawed. 
  10. Never imitiate. Create. 
  11. Humdrum routine skills. No fills. No thrills. 
  12. As thruth be told, homecoming never gets old. 
  13. Everybody knows death is meritably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going. 
  14. Losing never comes easy. First off, preserve the memories. 
  15. Complex questions can only be onlybe solved by patience. 
  16. Either get together or scatter. 
  17. The world is a world-class class use it wise. 
  18. Don’t judge a travel plan from its dossier. To know, be there. 
  19. Act dumb. You’ll learn move. 
  20. Life is full of changes. And suprises. And the inexplicable(s). 
  21. ‘Confusion’ is a good explanation, for not not understanding things that cant’t be reasored. 
  22. To live is to learn, and to learn is to live. Live. Learn. 
  23. There’s a difference between living life and merely being alive. 
  24. Worring over the yet to be here future, is one tiring thing, if not nerve wrecking. 
  25. Talking is nothing. Doing is something. 
  26. Life is full of answers waiting to be discovered. 
  27. When you think you’ve it bad, others’ve had it worse. 
  28. Music is a language that belongs to no race. 
  29. Cynicism does not come with the numbers of the age, but with the age of the numbers. 
  30. Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya
  31. Read and heed. Contengan Jalanan

Hostel Life. Eh? (1)

''Assalammu'alaikum secondary home.'' Aidil menyilangkan tangan ke dada. Matanya meliar mencari tandas. Baru habis taklimat tadi. Dari tadi aku tahan rasa nak terkencing. Taklimat tadi gila la punya panjang. Dah macam ceramah perdana. Aduh.. tandas kat mana ni. Ha.. tu ada sorang mamat tu lalu. Budak sekolah ni la kut. ''Bro, tandas kat mana?''

           ''Wa'alaikumussalam.'' Pendek lelaki tu menjawab.

           Buk. Haha. Sentap terus. Pedih je rasa. Hari first masuk sekolah dah kenapa perli. Tu la kau Ipan, tadi punya semangat bagi salam kat rumah kedua. Ni nak tanya tandas mana pun salam tak bagi.

           Lelaki yang ber'T-shirt' hitam itu mengalih pandangannya. Eh, dia gelak la. Gelakkan aku la tu. Aduh! mana aku nak letak muka ni. Ha.. tu ada pokok besar. Please big tree, I need you now. Eh, pokok tu tak jalan la. Lantak la, buat biasa aje.

           ''Err.. tandas kat mana?'' Sejak bila pula bahasa aku jadi sopan santun ni? Tadi bukan main kerek cakap

           ''Kat sebelah dewan tu. By the way, kau budak baru?''
         
           ''Ha.'' Pendek dia menjawab 
        
           ''Aku Hazraid. Panggil aje Azad. Kau?'' Azad senyum. 

           ''Aidil.'' Dia membalas senyuman. Tangan dimasukkan ke dalam poket dengan kemas. Personaliti kena jaga. Macam gay pulak. Eh, baik jangan pikir bukan-bukan. Aku gentleman la. Haha.. gentle ke? Ye la kut. ''By the way, nice to meet you...'' Jap.. nama dia apa tadi. Ha! ''...bro Azad.''

           ''Nice to meet you too.''

           ''Tadi warden cakap kau masuk bilik apa?''

           ''Saiyidina Umar.''

           Eh. Bilik aku tu. Kira dia ni ahli baru bilik la. Chantekk.

           ''Kita sama bilik do.''

           ''Iye?''

           Ipan hanya mengangkat kening. Tak rasa teruja lansung sebab dari tadi sibuk nak cari tandas. Dah alang-alang dia ni satu bilik dengan aku. Baik sembang nanti. Kencing tu penting.

           ''Okey bro, aku cau dulu. Nak buang hajat. Ada masa, kita jumpa lagi. Assalammu'alaikum.''

           ''Wa'alaikummussalam.'' Azad tersenyum.

                                                                          ********

Bunyi tapak kaki kedengaran hingga ke muka pintu. Kemudian kedengaran pintu bilik diketuk-ketuk dan suara orang memberi salam. Ipan mengangkat keningnya kepada Azad. Zaki hanya kaku seperti patung. Zhahiruddin hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Rifhan bangun untuk membuka pintu. Kemudian dia memandang Azad dengan muka tertanya-tanya.

          ''Siapa?'' Kepala yang tak gatal digaru-garu. Siapa pulak datang ketuk bilik waktu tengah hari ni. Nak kata orang ajak makan.. waktu makan belum lagi. Selalunya tengah hari gini orang lepak bilik sendiri.

          ''Budak baru. Dia ahli baru bilik kita. So, katil dengan loker yang kosong tu karang berpenghuni la.'' Kata Azad sambil tangan menundingkan ke arah katil yang kosong di hujung bilik. ''Lagipun budak tu okey aje aku tengok. Perangai macam kita la kut. Gila-gila.''

          Rifhan membuka pintu. Satu jasad sedang berdiri di depan pintu. Budak ni ke ahli baru bilik ni. Nampak dari luaran okey je.. ada rupa. Eh, tak boleh dinilai daripada segi luaran je. Tapi kenapa budak ni buat muka kelat?

          Diam.

          ''Ada orang pun. Ingat takde. Pintu tak bukak-bukak. Dah rasa macam patung kat depan pintu tu''. Dia menanggalkan sandal Asadi yang dipakai tadi di depan pintu dan kakinya melangkah masuk ke dalam bilik perlahan-lahan. Tangannya yang memegang tombol pintu menutup pintu itu perlahan-lahan.

          Zaki tersengih. Ni yang aku suka. Dapat lagi sorang member baru yang best. Perangai kerek macam besi karat tuuu. Makin meriah la bilik ni. Mulut semua bising. Tapi kenapa macam kenal aje dia ni. ''Aidil!!!''
         
           Aidil terkejut. ''Eh, Zaki?''

           Zaki tersenyum lebar. ''Kau tak cakap kat aku pun cuti hari itu kau masuk sekolah ni.''

           ''Mana aku tahu, patut la rasa macam pernah dengar sekolah ni.'' Aidil tertawa kecil.
           
           ''Kau datang sini kenapa ye. Sebab adik aku sekolah sini ek?'' Zaki tersengih. Dah mula nak mengusik.

           ''Hah, Athirah sekolah sini juga?''

           Zhahiruddin yang dari tadi senyap bersama empat rakan sebilik yang lain tiba-tiba menyampuk.

           ''Weh, kau orang dah lama kenal ke. Lagi satu macam mana dia ni kenal Athirah?''

           ''Kawan satu taman dulu, tapi aku dah pindah dah. Kalau nak jumpa kita orang contact jela pakai phone. Pasal Athirah tu mana boleh cerita kat kau. Nanti kau dengki.'' Zaki jelir lidah.

           ''Fine, aku redha. Aku tahu la aku ni siapa kan.''

           ''Tak malu gila, besar-besar pun nak merajuk.'' Satu bilik ketawa. ''Aidil, kau kenalkan dululah dengan yang lain. Dia orang tak kenal kau lagi''.
         
            ''Muhammad Aidil bin Zafran.'' Aidil tersenyum.
       
            ''Aku dah cakap kan.. kita satu bilik. Sorry doh pasal tadi. Aku tak sengaja perli kau.'' Tak sengaja? Haha.. banyak la kau punya tak sengaja. ''Err.. sengaja sebenarnya. Cuma abaikan. Ni aku nak kenalkan semua ahli bilik ni. That person who wear the cap tu nama dia Zhahiruddin.. panggil je dia Din. Yang tengah cucuk earphone kat telinga tu Ipan. Yang pakai baju merah tu Zaki tapi kau dah kenal dia kan. Tak sangka. Yang hitam manis macam gula tu Rifhan. Dan jejaka hensem yang sedang bercakap ni pula.. Azad.''

           Ipan buat muka. Earphone yang dicucuk ke telinga dikeluarkan. Sungguh la tak siuman. Dia baru nak dengar lagu Welcome To My Life by Simple Plan. Baru nak start lagu dah ada orang perasan hensem. Ni yang rasa nak termuntah ni.

           ''Kenapa ni?'' Azad bertanya. Risau juga. Tiba-tiba aje kawan aku ni. Macam sakit pun ada.

           ''Nak muntah. Ada orang perasan la. Mintak plastik. Siapa ada?''

            Pecah tawa satu bilik tanpa dipaksa. Kemeriahan mula terasa.

           ''Dah hakikat. Nak buat macam mana. Kan?'' Azad mempertahankan diri.

           ''Banyak la kau punya hakikat.'' Din buat muka.

           ''Pencuci muka pun pinjam aku. Ada hati.'' Zaki menjelirkan lidah.

           Rifhan tersengih je dari tadi. Aduhai member-member aku ni.

           ''Err.. nak join boleh?'' Irfan menyampuk tiba-tiba

           Diam.

           ''Weh, tak aci la lima lawan satu.''

           ''Aci kat India la.'' Aidil membalas.

           ''Merajuk la gini.'' Aizad menghempas tubuh ke atas katil. Selimut yang tebal ditarik menutupi badan. Kepala dikalih ke sebelah kanan. Kenapa aku rasa comel pulak. Haha. ''Tak nak pujuk ke?''

           ''Mengada.'' Serentak lima kawan itu bersuara. Masing-masing tersengih.

           Irfan senyum. Gembira. Sungguh tak jangka. Allah bagi aku benda yang lagi baik daripada yang aku sangka kat sini.                                                                       

Thursday 18 April 2013

Hostel Life. Eh? (Prolog)



Buku yang bertajuk ''Hebatnya Kuasa Istikharah'' diambil dari rak buku yang terletak di ruang tamu. Kemudian buku itu diselak satu demi satu muka surat. Angin segar dihirup perlahan, satu hapa pun tak masuk kepala aku bila baca benda ni. Pelik kan. Dia memang terlalu muda untuk buku ni. Tapi disebabkan tengah bosan tahap gaban. Dia pun rembat la buku yang dia jumpa dekat rak buku. 
       
         ''Angahh!'' Zack memanggil adiknya. Dah tak sabar nak bagitahu berita gembira. Aiseh! Tengok, adik aku tengah baca buku. Teramatlah aneh. Tak pernah pulak aku tengok dia ni menghadap buku. Buku pasal istikharah pula tu. Angau ke apa adik aku ni. Tak betul agaknya.
       
         ''Apa?'' Aidil berhenti membaca. Buku yang dibaca tadi diletakkan di tepi kerusi. Matanya dilirikkan kepada abang yang tengah ada kat depan mata. Kacau daun la abang aku sorang ni. Ipan mengetapkan bibir.
       
         ''Ada berita gembira la.'' 
       
         ''Berita apa aje?'' Ipan mengangkat kening. Tak ada rasa teruja lansung kerana dia tahu abang dia sorang ni entah betul entah tidak.
     
         ''Cuba teka.'' Zack tersengih.
       
         Irfan menepuk dahi. Badan disandarkan ke atas sofa. Apa punya abang la. ''Along, could you please straight to the point? Tak perlu la nak teka bagai.''
     
         Haha. Tanpa dipaksa ketawa Zack meletus. ''Ayat dia. Ni mesti selalu baca novel banyak sangat ni.'' Eh? Tapi tak pernah pula nampak dia ni baca novel. Entahlah, ada la kut. ''Ipan dapat sekolah asrama. Gembira tak?'' Zack bersuara sambil buat muka selamba.

          Tangan menggenggam rambut kemudian dijatuhkan ke atas riba. Tidak!!! Kepala hapak kau berita baik. Bala betul.


         ''No way!''.

         See, aku dah agak dah. Menjawab je kerja dia. Dia ni bukan suka duduk asrama bagai. Melepak kat rumah je tahu. Cuba la buat kerja berfaedah sikit, joging ke, tolong kemas rumah, basuh pinggan, cuci tingkap ke. Kejap-kejap, cuci tingkap? Kau ingat jadual tugasan sekolah rendah ke Zack. Kau sekarang ni dah dua puluh satu tahun dah pun. Replay, dua puluh satu tahun dah pun. Tunggu nak cari calon isteri je. Aik? Dah lebih ni. Okey, kembali kepada topik.

          ''Yes way. Along tak kira. Angah kena masuk jugak..'' Zack menarik nafas panjang. Mengambil nafas seterusnya. ''Lagipun.. along dah tanya mama. Mama pun setuju.. she said dengan result angah yang Straight A's tu.. takkan nak stay duduk sekolah harian. Duduk kat rumah pun bukannya buat apa.'' Ha, hambek kau adik. Kan dah kena tazkirah dengan aku. Siapa suruh menjawab. Ni la time nak balas sebab kena bebel dengan mama time aku umur macam dia.

          Eh. Penat aku membebel. Dia boleh buat dek je.


          '' Dengar tak?''


          '' Orang dengar la. Haish.''


          Huh. Dia mengeluh. Tangannya mengambil buku yang dibaca tadi dan diletakkan ke rak buku. Kalau dah mama suruh masuk asrama. Aku nak tentang macam mana lagi. Ah, annoying betul lah. Takpe, baki cuti ni aku nak enjoy betul-betul. Apa lagi. Shopping la. Jeans aku dah singkat. Baju pun entah ke mana. Err, duit? Ha, pakai duit abang aku. Haha, my otak is very bergeliga. Lantak kaulah abang. Siapa suruh paksa aku masuk asrama. Kan? 
''Sekolah tu nama apa?''

          ''Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Irsyad.'' Zack menjawab penu.
          

          Eh. Rasa macam pernah dengar sekolah tu.

          ''Hmm.. pendaftaran sekolah tu bila?''

          ''Sebelas haribulan Januari ni. Kenapa?''


          Diam sedetik.


          ''Cuti lagi sebulan kan. Ha.. apa lagi. Faham-fahamlah.. sekali sekala along berkorban untuk angah tak apa kan? Angah dah pokai laa.'' Aidil menepuk-nepuk poketnya yang kosong. Minta-minta la trick aku ni jadi minta belas kasihan.


          Zack mencebik. Nak ketuk aku la tu.

          ''Cakap jela suruh along belanja. Jom, nak pergi mana? Along yang baik hati belanja.''


          ''Orang yang baik takkan cakap dia baik.''


          ''Tarik balik la tawaran tadi. Pergi la shopping dengan duit sendiri.''


          ''Jangannn!!!''


           Aidil buat muka kelat.


           Zack ketawa. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Kunci kereta yang berada di atas meja diambil. Cuak benar adik aku ni.. baru cakap sikit.


          ''Tau takut. Jom la.. along belanja.''

         
          Aidil tersengih. Seronok dapat along yang baik dan sporting walaupun kuat mengusik. Nyaris-nyaris tadi. Nasib baik along buat lawak. Kalau tak alamatnya.. aku jalan-jalan cuci mata je.. duit memang dah bersih awal. Makan.. makan asap le.

          ''Ha.. macam tu la abang mithali. Jayjay jum''


          ''Okey, lets go.''

          Zack membuka pintu di tempat sebelah pemandu untuk adiknya duduk duduk. Erk.. dah macam pasangan kekasih. Bukan la. Hanya adik beradik yang cukup rapat. Tak gitu?.    


                

Thursday 25 October 2012

Penita : AidilAdha

''Apa senyum sorang2 tu?''

Naim menegur Fakri.

''Ngang2 , tak sabar nak makan lembu''

''Hoho, asal senyum kau lain''

'''Huh?''

''Don't keep it. Tell me''

''Ingat kisah pengorbanan nabi Ismail''

''Oh, cerita kat aku. Lupa lak''

Fakri pura-pura buat tidur.

''Tak payah buat lawak la weh''

Naim buat muka.

''Okay2. Nanti kau cari internet. Malas cerita. Berusahalah sikit.''

''Pfffttt. Jom pegi sembelih lembu.''

''Taknak, aku tengok je. Kau pergilah sembelih.''

''Apakah?''

Naim Buat muka.

Pecahlah gelak dua orang sahabat. Meriah~

Selamat Hari Raya Aidiladha ^_^


                                                     Edited by Eyeshield Baqiri at Pixlr ^_^

Saturday 20 October 2012

'Versus' takes my heart along it

                                                                  Versus By Hlovate

''ENTAH APA LA nak jadi dengan budak-budak tepi jalan ni.'' Kepala menggeleng perlahan melihat anak-anak muda yang bersepah di tangga dan daratan dan berhadapan dengan binaan air pancut itu.
         
         Dia mengalih pandangan mengikut arah pandangan si teman di sebelah. Bibirnya mengukir senyuman tawar tipis segaris. ''Awak.''

Si teman bepaling.

''Dulu saya pun budak tepi jalan jugak''.

Diam.

Mereka saling berpandangan, berbicara dengan bahasa bisu yang terpancar daripada mata semata.

Ketawa. ''Saya juga.''

''Apa la pakai ayat skema''

Ketawa lagi. ''Sebab dah jadi budak skema.''

''Ada ke budak skema''

Senyum. ''Ikut skema Allah dan Rasul.''

''InsyaAllah''

Hoho. Tengok mukasurat pertama dah tau best. Budak skate cuba nak berubah kepada yang baik.  Minn, daripada budak tepi jalan menjadi ustazah. Susah nak kenang benda lama. Makin menyakitkan hati. Jadi mentor kepada seorang budak skate juga, AO. Memang kene kutuk habis. Ustazah Brutal, Pfftttt. Then, AO cuba berubah jadi baik untuk Minn lepas die tau Minn tu budak skate perempuan legenda. Hijrah gi Australia. Jumpa dengan sorang brother, Hairi. Ajar erti kehidupan bernama Islam. Niat akhirnya berubah daripada kepada seorang perempuan bertukar kepadaNya. Nak tau lagi. Beli weh. RM19.00 je. ;p Puas jugak.

Susur bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dalam Versus mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 187 darjah. Bacalah jika anda ingin berubah menjadi lebih baik, Insya-Allah <- Sinopsis Belakang xD

Memories of Sabah 2011

Yes! Haha.

Dah complete travel semua negeri kat Malaysia. Thanks Sabah ^_^

Bersama Mak Uja, Shabyl Imaan dan Emak ~

Minum Air Lemon Tea Kott. ^_^

Haha. Best kot.

But the time I cant forget is when my tangan kene air panas. Perghhh Ingat 'tujuh keturunan kot' ~

Susah nak baik siot! T_T

Merana kot. Oleh sebab berkat kesabaran aku menahan sakitnya tangan aku. Sihat jugak lepas balik Sabah. Sepupu tengok gelak je. Siap kau -.- 

First Ride!

Salam'Alaik ^^

Okay. First Entry. Nothing To Say. Just Welcome.

Rasa teruja lak nak wat blog baru. Dah lama tak blogwalking. Tunggu masa je. Otak dah macam2 idea nak keluar. Ngeh2 ><

Just introduce my self~

Real Name : Jausyan Baqiri. Facebook : Eyeshield Baqiri Twitter :  

Nice to meet you ^_^