Followers

Saturday 20 April 2013

Hostel Life. Eh? (2)

Tuala mengelap muka dan rambut yang basah. Deodorant berjenama Uber-Men diambil dari dalam locker dan di'spray' ke ketiak. Gel diambil sedikit sambil jari jemari mengemaskan rambut yang agak berserabut. Baju prep yang disangkut di hujung locker diambil dan disarungkan ke badan. Coklat kitkat yang dibeli masa outing minggu lepas diambil di dalam loker buat bekalan masa lapar nanti.  Pintu loker ditutup dan dah pun siap. Suis kipas dimatikan serta pintu bilik ditutup. Selipar disarungkan ke kaki. Aidil berjalan laju kerana dia sudah terlambat ke kelas kerana jam di tangan kanannya telah menunjukkan pukul 3.13 petang. Karang kena tangkap dengan Ustaz Hamzah, mampus aku kena libas dengan rotan dia yang tebal batang kayu snooker.

    Buk!

    Tangan disilangkan ke dada. Sakit. Dan ada sebuah buku turut terjatuh depan mata.

    ''Maafkan saya.'' Kedengaran suara perempuan meminta maaf.

    Aidil mendongak ke atas. Bibir bawah digigit. Kenapa macam kenal. Nametag perempuan itu dilihat.

    ''Athirah?''

    Athirah terkejut. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Dia menundukkan badan untuk mengambil diarinya yang terjatuh tetapi Aidil tiba-tiba mengambilnya.

    ''Maaf, diari saya. Boleh bagi balik.'' Dia geram. Cuba mengawal suaranya yang menaik.

    ''Athirah.'' Aidil memanggil.

    ''Awak ni nak apa sebenarnya?'' Dia dah tak boleh menahan sabar. Cuba merampas kembali diari yang dipegang oleh Aidil tapi malangnya tak sampai kerana Aidil mengangkat diari itu setinggi-tinggi tangannya. Okay dia tahu dia pendek sedikit daripada lelaki itu. Bukan sikit, banyaklah juga.

    ''Boleh kita cakap sikit tak?'' Aidil memulakan perbualan.

    ''We do not need to talk. Tak ada apa yang kita perlu bincang dan tak ada perkara yang kita nak bincang. Bagi la balik buku tu.'' Athirah cuba untuk mengambil diarinya sekali lagi tetapi gagal.

    ''Sebenarnya aku nak minta maaf fasal dulu. Boleh maafkan tak?''

     Air liur yang pahit ditelan.

    ''Dah lama saya maafkan. Dan sekarang awak boleh bagi diari tu dan jangan kacau saya lagi.''

    ''Tak nak.'' Aidil menggeleng. ''Kenapa awak jadi macam ni?''

    ''Awak tanya kenapa saya jadi macam ni? Soalan paling bodoh pernah saya dengar. Orang yang buat saya macam ni lepas tu tanya lagi 'Kenapa awak macam ni'. How dare you? Tak cukup awak buat saya menangis setiap malam sebab awak dulu. Tak cukup awak bagi saya pening kepala sampai rasa nak demam. Air mata ni dah kering dah wak.. dan sekarang ni awak nak buat apa lagi dekat saya. Nak bagi saya pengsan sampai tak bangun-bangun?'' Damn. Dia tak tahu kenapa dia luahkan semuanya walaupun hakikatnya dia tak nak bagitahu pun pasal benda lama tu.

    ''I am sorry.'' Aidil mengeluh. Dah tak tahu nak cakap apa.

    ''Jadi awak fikir setakat cakap I am sorry tu saya boleh buat saya gembira? Bak balik diari saya sekarang!'' Kali ini dia membentak. Dia dah tak tahan. Matanya terasa panas. Air mata jernih mula turun daripada kelopak mata.

     Aidil terkedu. Dia terus menghulurkan buku itu. Athirah terus mengambil diari itu cepat-cepat.

    ''Terima kasih. Dan lepas ni jangan ganggu saya lagi. Saya dah tak larat nak menangis semata-mata untuk lelaki yang memang tak akan sayangkan saya.'' Dia menarik nafas panjang.

    Aidil terus mendiamkan diri.

    ''Thanks for the memories. Yang membuatkan saya lebih tabah sekarang.

    Athirah terus berlalu pergi. Aidil hanya memandang. Terkedu dengan apa yang dikatakan Athirah tadi.

    Awak masih sayangkan saya kan Athirah. Don't you? Saya dah cuba berubah untuk awak dan saya nak awak tahu. Boleh awak tunggu saya. Dia bercakap dalam hati.

                                                                  ************
                                                                   
''Aidil.'' Athirah memanggil.

      ''Kau nak apa lagi hah jumpa aku?'' Aidil menjawab kasar.

      ''Awak tau tak berdosa buat macam tu.''

      ''Aku tak faham la apa kau cakap ni doh.''

      Athirah menyilangkan dadanya. Sakit hati bila lelaki tu jawab macam tu. Tak boleh ke jawab elok-elok. Aku tak tahu macam mana aku boleh suka kau. Sebab tu aku nak kau berubah. Aku nak kau jadi baik.

      ''Awak tau tak benda tu berdosa. Tiap-tiap minggu tukar awek. Awak ingat perempuan ni apa? Baju yang nak tukar bila-bila masa. Nope, dia orang ada maruah juga. Awak tak kesian ke kat dia orang?''

      ''Tak tahu pulak berdosa.'' Aidil buat muka tak bersalah.

       Athirah menarik nafas panjang dan menghembuskannya. Cuba menenangkan diri. Aidil, jangan buat perasaan aku macam ni Aidil. Please.

      ''Sebab tu lah saya nak bagi tahu awak. Benda tu berdosa dan tak baik.''

      Aidil ketawa.

      ''Agaknya kan kenapa kau cakap macamtu ye. Kau nak jadi awek aku kan? Cakap jelah dari tadi. Kan senang.

      Athirah geram. Matanya jadi panas. Perlahan-lahan cecair jernih jatuh ke pipi. Dia menggigit bawah bibir sekuat hati. Rasa sakit sangat tetapi hatinya lagi sakit. Bodoh kan aku. Mengharap kan benda yang memang takkan dapat.

      ''Tak. Saya nasihat awak ni sebab dua perkara.'' Dia bercakap dalam keadaan tersendu-sendu. ''Yang pertama sebab saya nak awak berubah. Jadi yang lebih baik.''

      ''Heh, yang kedua?'' Aidil menarik senyum sinis.

      ''Yang kedua... sebab saya sayangkan awak.'' Dia menangis semahunya selepas melepaskan ayat itu. Dia berdiri dan langkah diatur perlahan untuk pulang ke rumah.

       Aidil kaku berdiri di tempat mereka berjumpa tadi. Di tempat duduk berhadapan dengan 7-Eleven. Dia bukan tidak mempunyai rasa simpati. Dia bukannya berfikiran jahat sangat pun. Tapi sebab ego. Ya, sebab egolah dia jadi macam tu. Aduh, sekarang macam mana ni?''                  

                                                                  ************

''Bro, apahal termenung malam-malam ni.'' Zaki menegur. Terus duduk di sebelah Aidil. Badan disandarkan tiang katil dan kaki dilunjurkan.

     ''Tak ada apa-apa.'' Aidil menafikan. Tapi hakikatnya memang dia tengah fikir fasal petang tadi tu. Tapi abang budak perempuan tu dah ada kat sebelah. Nak cerita ke tak nak? Dan tiba-tiba dia dengar Rifhan menyanyi. Rutin tiap-tiap malam. Spoil mood la.

      Tersudut termenung jauh.
      Mengenangkan Nasib kita.
      Kita milik Separuh.
      Berbentuk hati cinta namanya.

      Tapi lagu ni sedap. Dan suara Rifhan tu memang sedap pun.

       Walau kau jauh. 
       Ku sentiasa menunggumu.
       Pedih ku imbas kembali memori.
       
       Walau kau jauh.
       Ku berjanji kan terus tunggu
       Dipisah lautan biru.
       
       Ku mahu kau tahu
       Aku kan terus menunggu.

        ''Kejap, ni lagu apa?'' Aidil bertanya tiba-tiba.

        Bilik itu sunyi sesaat.

        ''Aduh, spoil la kau.'' Rifhan tergelak. ''Ku mahu kau tahu by Hujan.''

        ''Okeh, sambung.''

        Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu.
        Jangan pernah sekali kau buang.
        Seperti cinta ini yang terutuh.
        Akan bersemi jua.

        Walau kau jauh.
        Ku sentiasa menunggumu.

        ''Stop!!'' Aidil menjerit.

        ''Apasal?'' Rifhan bertanya. Pelik. Dia ni kenapa? Kena sampuk ke apa.

        ''Sengau doh. Aku takut hujan lebat je nanti sebab kau punca.'' Aidil tersengih.

         Rifhan ketawa

        ''Memang siot nak mampus la aku kata. Tadi kau yang suruh aku sambung. Ni dengki ke apa ni?'' Rifhan mengangkat kening.

        ''Joke la. Karang tak pasal-pasal kau tumbuk aku karang naya aku. Aku nak rehat jap.'' Aidil mengambil bantal lalu diletakkan ke kepala. ''Azad, sini jap.''

        Zaki yang dari tadi tersengih memandang ke arah Aidil.

        ''Kenapa?''

        ''Aku jumpa adik kau tadi.''

        ''Iye? Lepastu?''

        ''Dia nak blah dah tapi aku amik diari dia. Dia marah aku. Aku tak peduli lepastu aku tanya dia 'Kenapa awak jadi macam ni'. Dia kata sebab aku.'' Aidil meluahkan.

        ''Mungkin dia tak boleh ingat lagi pasal dulu kut. Aku tau kau dah berubah. Kau tau tak dia nak kau berubah sebab dia sayangkan kau.''

        Aidil mengangguk.

        ''Aku tahu. Tapi aku ego masa tu. Betul ke dia menangis tiap-tiap malam sebab aku?''

        ''Betullah tu. Sampai ada suatu hari tu dia sampai nak demam. Masa tu aku fikir kau kawan aku je. Kalau tak aku amik pisau cari kau lepas tu terus tikam.'' Zaki ketawa. ''Mana kau tahu fasal dia nangis tu? Aku mana bagitahu kau pun kan.'' Dia mengangkat kening.

        ''Dia bagitahu aku tadi. 'Ter' la kut sebab tadi dia tengah emosi sangat. Aku rasa menyesal gila doh.''

        Zaki memegang bahu Aidil. Menenangkannya. Tak sangka kawan dia ni jiwang.

        ''Tak apa. Kau dah berubah kan sekarang. Dah baik. Dah hensem. Eh, silap. Hensem tu tak ada.'' Zaki ketawa lagi.

        Aidil turut ketawa. Kawan dia tu kuat bergurau. Untunglah aku ada kawan macam ni.

        ''Weh, tutup lampu.'' Ipan jerit.

        ''Hangpa sambung sembang besok lah. Tahu lah Zaki tu nak lepaskan rindu dengan kawan lama. Sembang khusyuk nak mampuih.'' Zhahiruddin membebel.

         Satu bilik ketawa.


P/S : Athirah, ni cerita yang kau nak sangat tahu. aku dah ubah sikit sebab yang kau kata kau gelak tu aku tengok dah macam apa. haha. enjou this. aku tak buat panjang-panjang sebab aku tak mampu. ni jelah yang aku boleh kot. btw sori kalau ada buat kau rimas atau menyampah. itu hanya gurauan. sori jugak kalau aku ada stalk kau. tapi sikit je. kalau aku bosan. aku stalk ramai orang. dan bukan kau sorang je. haha. aku nak gi siapkan kerja sekolah. tapi sirah aku tak siap so aku akan dimarahi oleh ustaz yang garang. wish me luck. kbai.


No comments:

Post a Comment