Followers

Thursday 18 April 2013

Hostel Life. Eh? (Prolog)



Buku yang bertajuk ''Hebatnya Kuasa Istikharah'' diambil dari rak buku yang terletak di ruang tamu. Kemudian buku itu diselak satu demi satu muka surat. Angin segar dihirup perlahan, satu hapa pun tak masuk kepala aku bila baca benda ni. Pelik kan. Dia memang terlalu muda untuk buku ni. Tapi disebabkan tengah bosan tahap gaban. Dia pun rembat la buku yang dia jumpa dekat rak buku. 
       
         ''Angahh!'' Zack memanggil adiknya. Dah tak sabar nak bagitahu berita gembira. Aiseh! Tengok, adik aku tengah baca buku. Teramatlah aneh. Tak pernah pulak aku tengok dia ni menghadap buku. Buku pasal istikharah pula tu. Angau ke apa adik aku ni. Tak betul agaknya.
       
         ''Apa?'' Aidil berhenti membaca. Buku yang dibaca tadi diletakkan di tepi kerusi. Matanya dilirikkan kepada abang yang tengah ada kat depan mata. Kacau daun la abang aku sorang ni. Ipan mengetapkan bibir.
       
         ''Ada berita gembira la.'' 
       
         ''Berita apa aje?'' Ipan mengangkat kening. Tak ada rasa teruja lansung kerana dia tahu abang dia sorang ni entah betul entah tidak.
     
         ''Cuba teka.'' Zack tersengih.
       
         Irfan menepuk dahi. Badan disandarkan ke atas sofa. Apa punya abang la. ''Along, could you please straight to the point? Tak perlu la nak teka bagai.''
     
         Haha. Tanpa dipaksa ketawa Zack meletus. ''Ayat dia. Ni mesti selalu baca novel banyak sangat ni.'' Eh? Tapi tak pernah pula nampak dia ni baca novel. Entahlah, ada la kut. ''Ipan dapat sekolah asrama. Gembira tak?'' Zack bersuara sambil buat muka selamba.

          Tangan menggenggam rambut kemudian dijatuhkan ke atas riba. Tidak!!! Kepala hapak kau berita baik. Bala betul.


         ''No way!''.

         See, aku dah agak dah. Menjawab je kerja dia. Dia ni bukan suka duduk asrama bagai. Melepak kat rumah je tahu. Cuba la buat kerja berfaedah sikit, joging ke, tolong kemas rumah, basuh pinggan, cuci tingkap ke. Kejap-kejap, cuci tingkap? Kau ingat jadual tugasan sekolah rendah ke Zack. Kau sekarang ni dah dua puluh satu tahun dah pun. Replay, dua puluh satu tahun dah pun. Tunggu nak cari calon isteri je. Aik? Dah lebih ni. Okey, kembali kepada topik.

          ''Yes way. Along tak kira. Angah kena masuk jugak..'' Zack menarik nafas panjang. Mengambil nafas seterusnya. ''Lagipun.. along dah tanya mama. Mama pun setuju.. she said dengan result angah yang Straight A's tu.. takkan nak stay duduk sekolah harian. Duduk kat rumah pun bukannya buat apa.'' Ha, hambek kau adik. Kan dah kena tazkirah dengan aku. Siapa suruh menjawab. Ni la time nak balas sebab kena bebel dengan mama time aku umur macam dia.

          Eh. Penat aku membebel. Dia boleh buat dek je.


          '' Dengar tak?''


          '' Orang dengar la. Haish.''


          Huh. Dia mengeluh. Tangannya mengambil buku yang dibaca tadi dan diletakkan ke rak buku. Kalau dah mama suruh masuk asrama. Aku nak tentang macam mana lagi. Ah, annoying betul lah. Takpe, baki cuti ni aku nak enjoy betul-betul. Apa lagi. Shopping la. Jeans aku dah singkat. Baju pun entah ke mana. Err, duit? Ha, pakai duit abang aku. Haha, my otak is very bergeliga. Lantak kaulah abang. Siapa suruh paksa aku masuk asrama. Kan? 
''Sekolah tu nama apa?''

          ''Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Irsyad.'' Zack menjawab penu.
          

          Eh. Rasa macam pernah dengar sekolah tu.

          ''Hmm.. pendaftaran sekolah tu bila?''

          ''Sebelas haribulan Januari ni. Kenapa?''


          Diam sedetik.


          ''Cuti lagi sebulan kan. Ha.. apa lagi. Faham-fahamlah.. sekali sekala along berkorban untuk angah tak apa kan? Angah dah pokai laa.'' Aidil menepuk-nepuk poketnya yang kosong. Minta-minta la trick aku ni jadi minta belas kasihan.


          Zack mencebik. Nak ketuk aku la tu.

          ''Cakap jela suruh along belanja. Jom, nak pergi mana? Along yang baik hati belanja.''


          ''Orang yang baik takkan cakap dia baik.''


          ''Tarik balik la tawaran tadi. Pergi la shopping dengan duit sendiri.''


          ''Jangannn!!!''


           Aidil buat muka kelat.


           Zack ketawa. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Kunci kereta yang berada di atas meja diambil. Cuak benar adik aku ni.. baru cakap sikit.


          ''Tau takut. Jom la.. along belanja.''

         
          Aidil tersengih. Seronok dapat along yang baik dan sporting walaupun kuat mengusik. Nyaris-nyaris tadi. Nasib baik along buat lawak. Kalau tak alamatnya.. aku jalan-jalan cuci mata je.. duit memang dah bersih awal. Makan.. makan asap le.

          ''Ha.. macam tu la abang mithali. Jayjay jum''


          ''Okey, lets go.''

          Zack membuka pintu di tempat sebelah pemandu untuk adiknya duduk duduk. Erk.. dah macam pasangan kekasih. Bukan la. Hanya adik beradik yang cukup rapat. Tak gitu?.    


                

No comments:

Post a Comment