Followers

Friday 19 April 2013

Review - Contengan Jalanan



Contengan Jalanan by Hlovate.

Sinopsis-


I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.
Komen saya -
Mula2 bila tengok buku ni. Cover gempak. Title menusuk kalbu. Dengan suasana sekeliling yang segar. Mula nak start baca. Satu-satu muka surat selak. And at last. Banyak info dapat. Dapat satu jiwa baru. Tertarik dengan cara penyampaian. Hlovate tak pernah kecewakan saya. *kesat air mata* haha. Pasal 11th hour tu. Good. 
Btw. Petikan kata-kata menarik dalam Contengan Jalanan
I-FEND 
  1. Muzik itu adalah bahasa yang ungkapan tak perlukan kata-kata. 
  2. Seni itu tiada sempadan, skema atau garisan 
  3. Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman. 
  4. Kalau sekali itu dikatakan kebetulan, kali kedua itu namanya… suratan? 
  5. Cinta pada seni memang mudah; cinta yang tak perlu bersambut dan rasanya tetap juga indah. 
  6. Kadang-kadang rasa tu tak mampu nak ditulis oleh huruf dan titik, tapi boleh diterjemahkan oleh not-not muzik. 
  7. Sedangkan bangau merantau pun pulang mencari kerbau, inikan pula anak dagang yang tinggalkan kampung halaman di tanah seberang. 
  8. Yang nyata kasih sayang memang melengkapkan bahagia tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa. 
  9. Cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum meninggalkan dunia? 
  10. Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana. 
  11. Peluang yang dalam hidup ini sama juga macam kereta api, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap. 
  12. Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat. 
  13. Kalau ada kemahuan dan usaha, ‘halangan’ tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa. 
  14. Masalah takkan selesai dengan hanya bermain falsafah. 
  15. Semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza. Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa. 
  16. Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata. 
  17. Sungguhlah orang kata, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata. 
  18. Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan. 
  19. Perasaan apabila terjaga daripada mimpi, tu namanya realiti. 
  20. Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah. 
  21. Kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit. 
  22. Masa 24 jam sehari tu cukup untuk buat segala macam urusan sebenarnya kalau diuruskan dengan betul. 

II-K2 

  1. Live is short. Laugh. Live. 
  2. Lead. Don’t be led. 
  3. One can become a million, and a million can be one. 
  4. Being different brings oddballs together. Normal is overrated anyway. 
  5. Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear. 
  6. Question: What if you stop playing ‘What ifs?’; Answer: You’ll get some work done. 
  7. Finding gratification is not hard. Simplicity does it easy. 
  8. Never assume. Ask. 
  9. Respecting requests, rules and privacy is a universal law. You break that basic. Etiquette 101, you’re seriously flawed. 
  10. Never imitiate. Create. 
  11. Humdrum routine skills. No fills. No thrills. 
  12. As thruth be told, homecoming never gets old. 
  13. Everybody knows death is meritably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going. 
  14. Losing never comes easy. First off, preserve the memories. 
  15. Complex questions can only be onlybe solved by patience. 
  16. Either get together or scatter. 
  17. The world is a world-class class use it wise. 
  18. Don’t judge a travel plan from its dossier. To know, be there. 
  19. Act dumb. You’ll learn move. 
  20. Life is full of changes. And suprises. And the inexplicable(s). 
  21. ‘Confusion’ is a good explanation, for not not understanding things that cant’t be reasored. 
  22. To live is to learn, and to learn is to live. Live. Learn. 
  23. There’s a difference between living life and merely being alive. 
  24. Worring over the yet to be here future, is one tiring thing, if not nerve wrecking. 
  25. Talking is nothing. Doing is something. 
  26. Life is full of answers waiting to be discovered. 
  27. When you think you’ve it bad, others’ve had it worse. 
  28. Music is a language that belongs to no race. 
  29. Cynicism does not come with the numbers of the age, but with the age of the numbers. 
  30. Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya
  31. Read and heed. Contengan Jalanan

No comments:

Post a Comment